Saturday, 12 July 2014

Keunggulan Perjuangan Tokoh-Tokoh Islam Tingkatan 3

1. SAIDATINA FATIMAH AZ-ZAHRA

RIWAYAT HIDUP - Nama sebenarnya ialah Fatimah az-zahrah binti Muhammad Rasulullah. Beliau berketurunan Quraisy dan merupakan puteri bongsu Rasulullah hasil perkahwinan baginda bersama Saidatina Siti Khadijah. Beliau dilahirkan di kota mekah pada 20jamadil akhir tahun 605 masihi. Diberi gelaran Az-zahra yang bermaksud putih berseri. Beliau memikul tugas menguruskan segala keperluan Rasulullah selepas kewafatan ibunya. Saidatina Fatimah berkahwin dengan Saidina Ali ketika berumur 18tahun dan mendapat dua orang putera iaitu Hasan,Husin dan Zainab. Beliau wafat pada 4JamadilAwal tahun ke11 hirah ketika berusia 28tahun iaitu 6bulan selepas kewafatan baginda. Jenazah dimakamkan di Al-Baqi terletak di Madinah.

SIFAT PERIBADI

  • mempunyai budi pekerti mulia kerana dididik sejak kecil oleh Rasulullah
  • seorang yang sabar dan tabah menghadapi ujian
  • taat kepada agama dan suami
  • kasih kepada ayah
  • tidak pernah mengeluh walaupun hidup dalam kemiskinan
  • mempunyai semangat jihad yang tinggi

SUMBANGAN
  • Saidatina Fatimah membantu Rasulullah dalam menegakkan agama islam
  • beliau bersama wanita islam merawat luka tentera islam dalam perang uhud
  • beliau merupakan pendorong kepada perjuangan ayah dan suaminya
  • memberi motivasi semasa Rasulullah mendapat tentangan dari musyrikin quraisy


2. SAIDATINA AISYAH ILMUWAN WANITA TERUNGGUL

RIWAYAT HIDUP - Nama sebenar beliau ialah Aisyah binti Abu Bakar As-siddiq dan dilahirkan pada 614Masihi di kota mekah,8tahun sebelum hijrah serta berasal dari keturunan yang baik dan ternama di mekah. Beliau berkahwin dengan Rasulullah atas perintah Allah dan menjadi isteri baginda selama 10tahun. beliau menjadi tempat rujukan selepas kewafatan Rasulullah. Saidatina Aisyah digelar Ummul Mukminin yang bererti ibu seluruh alam. Beliau wafat pada 17ramadhan tahun 58hijrah ketika berusia 67tahun.

SIFAT PERIBADI
  • Budi pekerti yang mulia
  • bijak dan pintar serta memiliki ingatan yang kuat serta kecerdasan akal gikiran
  • menguasai pelbagai ilmu pengetahuan 
  • isteri yang setia dan bertanggungjawab 
  • mwmpunyai keimanan yang teguh
  • berani dan gigih dalam perjuangan

SUMBANGAN 
  • menjadi tempat rujukan bagi seluruh umat islam selepas kewafatan Rasulullah
  • menjadikan rumahnya sebagai pusat untuk menyebarkan agama islam
  • menghafaz dan meriwayatkan hadis tidak kurang dari 1210 buah hadis dalam pelbagai bidang


3.SAIDINA KHALID BIN AL-WALID PEWIRA PERKASA


RIWAYAT HIDUP - Nama sebenarnya ialah Khalid bin Al-Walid bin All-Mughirah dan berketurunan Bani Makhzum. Beliau lahir pada 592Masihi di kota mekah dan berasal dari keluarga yang terkenal serta disegani odi Mekah. Sejak kecil, beliau dillatih dan dididik dengan sifat berani,bermain senjata dan menunggang kuda. Sebelum Islam, beliau sangat kuat menentang ISlam dan sering mengetuai angkatan musuh menentang islam nnamun beliau telah memeluk islam pada bulan Safar tahun ke-8hijrah ketika berusia 25tahun dan menjadi pembela islam. BEliau diberi gelaran Saifullah iaitu pedang Allah kerana ketangkasannya bermain senjata. Beliau meninggal pada tahun 21hijrah ketika berusia 60tahun dan dimakamkan di Hims, Syria.


SIFAT PERIBADI
  • Seorang panglima yang gagah,berani,tangkas bermain senjata, dan handal dalam peperangan
  • tegas pendirian dan bijak menyusun strategi
  • memiliki semnagat juang yang tinggi
  • ikhlas berjuang dan bercita-cita untuk mati syahid pada jalan Allah
  • berdisiplin,bertanggungjawab dan berfikiran terbuka

SUMBANGAN
  • menjadi panglima yang banyak berjasa dalam perjuangan menentang musuh islam
  • ketua pasukan tentera dalam peristiwa pembukaan mekah
  • menyertai perang Mukhtah,Hunain,Taif,Yarmuk dan lain-lain

Perjuangan Keunggulan Tokoh-Tokoh Perjuangan Islam-Tingkatan 2

1. SAIDINA UMAR BIN AL-KHATAB


RIWAYAT HIDUP - Nama sebenar beliau ialah Umar bin Alh-khatab bin Nufail bin Abdul Uzza. Beliau dilahirkan di Mekah pada 584Masihi dan berketurunan Bani Adi,Quraisy. Saidina Umar memeluk Islam pada usia 33tahun dan menjadi khalifah pada 22jamadilakhir tahun 13hijrah bersamaan 23Ogos 634Masihi. Beliau memerintah selama sepuluh tahun enam bulan dan mendapat gelaran Al-Faruq yang bermaksud pemisah antara yang hak dan yang batil. Beliau wafat pada bulan zulhijjah tahun 23hijrah ketika berusia 63tahun kerana telah dibunuh oleh seorang hamba Majusi yang berbangsa Farsi bernama Abu Lukuk.

SIFAT PERIBADI - Saidina Umar seorang hamba yang berani dan terbuktilah keberanian beliau apabila beliau hendak memasuki agama islam, beliau telah mengisytiharkan keislamannya kepada masyarakat arab. Beliau juga mencabar orang kafir supaya menghalangnya berhijrah ketika hendak berhijrah ke madinah. Selain itu, beliau juga amat adil dan tegas. Saidina Umar amat prihatin terhadap kebajikan rakyat. Beliau sanggup menyamar dan keluar pada waktu malam untuk mengetahui kehidupan rakyatnya.

SUMBANGAN SAIDINA UMAR - Dalam bidang dakwah, beliau telah meluaskan dakwah ke wilayah-wilayah baru seperti Farsi,Rom dan Mesir. Saidina Umar juga telah melantik gabenor di setiap wilayah untuk melicinkan pentadbiran dan dakwah serta menghantar para ulama dan cendekiawan islam ke seluruh tempat untuk menyebarkan dakwah. Beliau telah membina masjid untuk kemudahan umat islam beribadat. Dari segi pentadbiran negara, Saidina Umar telah mengadakan pekhidmatan pos, mengasaskan undang-undang hisbah, mengemaskini gaji pegawai kerajaan, membahagikan pentadbiran negara kepada beberapa wilayah dan perkenalkan takwim islam dalam surat-menyurat. dari segi pembangunan negara, beliau telah membina sekolah-sekolah untuk penndidikan rakyat, mendirikan baitulmal, membina saliran air untuk pertanian, mendirikan rumah tumpangan untuk musafir.


2.SAIDINA USMAN BIN AFFAN 

RIWAYAT HIDUP - Nama sebenar beliau ialah Usman bin Affan bin Abu Al-As bin Umaiyyah dan berketurunan Bani Umaiyah. Beliau dilahirkan di mekah pada 576masihi dan memeluk islam melalui Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Saidina Usman dilantik menjadi khalifah pada tahun 23hijrah bersamaan tahun 644masihi  selepas kewafatan Saidina Umar dan memerintah selama 12tahun. Beliau wafat pada 18zulhijjah tahun 25hijrah setelah dibunuh oleh pemberontak. Beliau digelar sebagai Zunurain bermaksud memiliki dua cahaya kerana mengahwini dua orang puteri nabi.

SIFAT PERIBADI - Beliau seorang yang taat pada perintah Allah SWT. Buktinya beliau sanggup berhijrah ke Habsyah dengan meninggalkan segala kemewahan demi menyahut seruan Allah dan Rasulullah. Beliau juga seorang yang pemalu dan lemah-lembut. Selain itu, beliau adalah seorang yang dermawan kerana beliau mendermakan sebanyak 300 ekor unta dan 10ribu dinar dalam perang tabuk dan membeli sebidang tanah untuk mebesarkan masjjid nabawi.

FAKTOR SEMANGAT JIHAD SAIDINA USMAN 
  •  keimanan yang teguh kepada Allah SWT
  •  sayangkan islam sebagai ad-din
  •  memiliki kekayaan hasil daripada perniagaan yang dijalankan
  •  mempunyai minat tinggi untuk berdakwah
  •  memiliki semnagat cintakan negara
  •  memiliki semangat daya saing dalam diri
SUMBANGAN DAN JASA SAIDINA USMAN - Beliau telah menyumbangkan harta yang banyak untuk perkembangan dakwah islam dan menyertai semua peperangan kecuali perang badar. Saidina Usman juga telah memperkrnalkan sisitem protokol dan membukukan Al-Quran yang dikenali sebagai Mashaf Usmani yang kini digunakan oleh umat islam diseluruh negara. Beliau pernah dilantik menjadi wahyu dan utusan semasa perjanjian hudaibiyah dan berjaya meluaskan empayar islam ke Afrika, Armenia,Khurasan dan kepulauan Mediteranean.

KONFLIK PADA ZAMAN SAIDINA USMAN 
  • Saidina Usman telah ditohmah dan difitnah oleh puak-puak yahudi yang diketuai oleh Abdullah bin Saba'
  • Menuduh Saidina Usman tidak berlaku adil dan tidak telus dalam menjalankan pemerintahan negara
  • Saidina Usman telah berjaya mengatasi krisis tersebut dengan menghantar pegawai-pegawai untuk menyiasat ke Kufah,Mesir,Basrah dan Syam
  • setelah siasatan dilakukan,konflik itu berlaku berpunca daripada musuh islam untuk memecahbelahkan umat islam

3. SAIDINA ALI BIN ABU TALIB

RIWAYAT HIDUP - Nama penuh beliau ialah Ali bin Abu Talib bin Abu Mutalib dan berketurunan bani hasyim. Beliau dilahirkan di mekah, sepuluh tahun sbelum nabi menjadi rasul iaitu pada tahun 601masihi dan diberikan gelaran Abu Al-Hasan dan Abu Turab. Beliau adalah khalifah yang keempat daripada khulafa Ar-Rasyidin  dan dilantik pada 35hijrah bersamaan 655masihi lalu memerintah selama 4tahun. Saidina Ali wafat pada 17ramadhan tahun 41hijrah bersamaan 661masihi ketika berusia 70tahun. Beliau telah dibunuh oleh Abdul Rahman bin Mulljam dibandar Kufah ketika dalam perjalanan ke masjid untuk mengerjakan solat subuh.

SIFAT PERIBADI SAIDINA ALI
  • Seorang yang taat dan patuh pada perintah Allah dan ajaran Rasulullah
  • berani dan handal
  • khalifah yang adil dalam menjalankan tanggungjawab
  • tegas dan tidak gentar mengahdapi sebarang risiko
  • berilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang'berfikiran kreatif dan berpandangan jauh

KEISTIMEWAAN SAIDINA ALI - Saidina Ali mempunyai hubungan kekeluargaan dengan rasulullah keranna beliau merupakan sepupu dan menantu rasulullah . sejak kecil lagi, saidina Ali tinggal bersama Rasullah dengan didikan baginda. Saidina Ali merupakan kanak-kanak pertama yang memeluk agama islma ketika berusia 10tahun. Beliau tidak pernah melakukan perbuatan keji masyarakat jahiliah seperti menyembah berhala dan kerana itu, beliau digelar sebagai karramallahu wajhah yang bermaksud Allah memuliakan wajahnya. Beliau merupakan 10 daripada sahabat yang dijamin syurga. Saidina Ali merupakan cendekiawan yang ulung kerana memiliki ilmu pengetahuan dalam pelbagai  bidang seperti kehakiman,sastera,ilmu hisab dan sebagainya. Saidina Ali juga sangat berani buktinya beliau menyertai semua perang kecuali perang tabuk, beliau menyahut cabaran Amru bin Waid iaitu pahlawan quraisy berlawan satu sama satu dlam perang khandak.

JASA DAN PENGORBANAN SAIDINA ALI

  • menyertai semua peperangan kecuali perang tabuk
  • menjadi penulis wahyu dan jurutulis perjanjian hudaibiyah
  • menjadi hakim di yaman
  • mengetuai misi dakwah di hamadan
  • menyebarkan ilmu-ilmu islam kepada masyarakat
  • menjadi penasihat kepada khalifah Abu Bakar As-siddiq, UMar Al-hkatab dan Usman Affan


4.SAIDINA HAMZAH BIN ABDUL MUTALIB

RIWAYAT HIDUP - Nama sebenar beliau ialah Hamzah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf dan berketurunan Bani Hsyim. Beliau dilahirkan di mekah pada 570masihi tahun yang sama dengan Rsulullah. Beliau ialah bapa saudara dan saudara susuan Nabi Muhammad. Beliau merupakan  panglima perang Rasululluah dan pembawa panji tentera islam. Beliau mendapat gelaran Asadullah yang bermaksud singa Allah. Saidina Hamza wafat pada tahun ketiga hijrah kerana gugur dalam syahid dalma perang uhud. 

SIFAT PERIBADI - Saidina Hamzah merupakan seorang yang pantas bertindak. sifat tersebut menyebabkan beliau dilantik sebagai panglima perang dalam perang badar oleh Rasulullah. Dengan strategi beliau yang baik, tentera islam telah memperoleh kejayaan dalam perang tersebut. Beliau juga merupakan seorang pahlwan yang sangat berani kerana beliau telah memukul Abu Jahal yang mengina dan mengejek nabi dan beliau menyahut cabaran 2orang tentera musyrikin untuk berlawan dengannya. Beliau sanggup berkorban untuk menegakkan kebenaran ajaran islam yang dibawa oleh Rasulullah.

KESYAHIDAN SAIDINA HAMZAH - Dalam perang badar, saidina hamzah telah berjaya membunuh 21 orang tentera musyrikin. disebabkan terjatuh ketika berperang, baju besi Saidina Hamzah telah pecah. Keadaan tersebut diperhatikan oleh wahsyi, seorang hamba yang ditugaskan oleh tuannya iaitu Jubir bin Mut'im untuk membunuh Saidina Hamzah dan sebagai ganjarannya, wahsyi akan dibebaskan. Wahsyi  telah bertindak dengan melontar lembing ke arah Saidina Hamzah dan tepat mengenai perut beliau. Akhirnya, beliau syahid. Isteri Abu Lahab iaitu Hendon binti Utbah atelah bertindak membelah dada Saidina Hamzah dan memamah jangtungnya. Kematian Saidina Hamzah menyebabkan Rasulullah sedih dan mengurniakan gelaran Sayyid As-Syuhada yang bermaksud penguhlu seklaian syuhada syurga.


5.SAIDINA ABU HURAIRAH

RIWAYAT HIDUP - Nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman bin Sakhr Addaus Sl-yaman. Namanya sebelum islam ialah Abdu Syams. Beliau dilahirkan di Dus,negeri Yaman,19tahun sebelum hijrah. Beliau adalah anak yatim dan memeluk islam pada tahun ke7 hijrah. Beliau mendapat gelaran Abu Hurairah. Beliau wafat pada 59hijrah ketika berusia 78tahun.

SIFATA PERIBADI

  • Taat dan patuh perintah Alah dan ajaran Rasulullah
  • sabar dan tabah mengghadapi kesusahan hidup dan tidak pernah meminta-minta wakaupun dalam keadaan lapar
  • mencintai ilmu pengetahuan
  • menghormati ibu-bapa. beliau sentiasa mengasihi ibunya walaupun tidak memeluk islam. hasil berkat doa Rasulllah, ibunya telah menganuti islam
  • tawaduk dan tekun
  • mengasihi binatang

PERIWAYATAN HADIS
  • terdapat 1600 hadis yang telah berjaya dikumpul dan ada riwayat yang mengatakan bahawa beliau telah mengumpul 5374 hadis
  • 800 orang ahli ilmu dalam pelbagai bidang meriwatkan hadis daripada beliau


6. SAIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF

RIWAYAT HIDUP - Nama sebenarnya ialah Abdul Rahman bin Auf bin Abdul Auf bin Al-Harith dan berketurunan bani zuhrah.  beliau dilahirkan di mekah tahun 580masihi, sepuluh tahun selepas tahun gajah. Beliau memeluk islam melalui Saidina Abu Bakar dan pernah dilantik sebagai pengerusi majlis semasa pemilihan khalkifah yang ketiga. Beliau wafat pada tahun 32hijrah bersamaan 654 masihi ketika berusia 74 tahun.

SIFAT DAN KEISTIMEWAAN SAIDINA ABDUL RAHMAN
  • Pintar dalam perniagaan
  • zuhud dan dermawan
  • salah seorang daripada sepuluh sahabat yang dijamin syurga
  • seorang jutawan yang kuat berusaha dan menderma
  • calon jawatan khalifah
SUMBANGAN SAIDINA ABDUL RAHMAN
  • menyumbangkan 200 tahil emas,1500 ekor unta,500 ekor kuda perang untuk perang tabuk
  • menjual tanah dengan harga 40ribu dinar dan wang itu dibahagi kepada bani zuhrah,isteri-isteri nabi dan fakir miskin
  • mendermakan 400 dinar emas kepada setiap seratus orang tentera islam yang menyertai perang badar
  • menyumbang barang keperluan yang dimuatkan diatas 700ekor unta untuk penduduk madinah

Tuesday, 24 June 2014

Keunggulan Perjuangan Tokoh-Tokoh Islam Tingkatan 1



1.SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ

RIWAYAT HIDUP- Nama sebenarnya ialah Abdullah bin Abi Qahafah bin Umar bin Ka'ab. Saidina Abu Bakar dilahirkan di Mekah pada tahun 572Masihi iaitu 2tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W. Beliau mempunyai hubungan keluarga bersama Rasulullah melalui datuk baginda iaitu Ka'ab bin Murrah. Beliau juga merupakan seorang pedagang Quraisy yang terhormat dan mulia sekaligus merupakan lelaki pertama yang memeluk agama islam. Beliau sentiasa berdampingan dengan Rasulullah dan menemani baginda semasa berhijrah ke Madinah. Diberi gelaran As-Siddiq kerana sentiasa membenarkan setiap kata-kata Rasulullah. Saidina Abu Bakar memiliki keperibadian yang mulia semenjak dari kecil lagi dan tidak pernah menyembah berhala dan meminum arak.

SIFAT PERIBADI-Saidina Abu Bakar As-Siddiq mempunyai sifat peribadi yang amat jernih iaitu bercakap benar, tabah menghadapi dugaan hidup, lemah lembut dan sentiasa bersopan-santun, ikhlas dalam perjuangan, benci pada kejahatan, pembela kebenaran dan berhati jujur dan bersifat setiakawan.

PELANTIKAN SEBAGAI SAIDINA- Pada 11hijrah tahun 632 masihi, beliau dilantik di Balai Bani Saadah untuk menjadi saidina. Antara faktor yang mendorong pelantikan beliau adalah beliau adalah sahabat pertama yang memeluk agama islam, sahabat dan bapa mentua kepada Rasulullah dan beliau memiliki pengetahuan kepemimpinan yang tinggi kerana sering berdamping dengan Rasulullah. Faktor lain yang mempengaruhi adalah disebabkan Rasulullah pernah menyuruh Saidina Abu Bakar menjadi imam solat subuh menggantikan baginda yang tengah sakit kuat.

JASA SAIDINA ABU BAKAR-Saidina Abu Bakar mengorbankan jiwa,masa dan tenganya untuk agama Islam sekaligus mendermakan seluruh kekayaannya untuk memajukan islam. Beliau memerintahkan Khalid Al-Walid memerangi golongan murtad dan golongan yang enggan membayar zakat. SAidina Abu Bakar menghapuskan golongan yang mengaku menjadi nabi dan beliau juga telah memerintahkan Zaid bin Tsabit untuk mengumpulkan mushaf Al-quran. Beliau pernah melindungi RSulullah daripada dipatuk ular dan hal ini dilakukannya kerana kasihnya kepada baginda yang amat besar. Saidina Abu Bakar mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara yang telah di asankan oleh Rasulullah dan mengembangkan syiar islam ke Rom dan Farsi.



2. SAIDATINA KHADIJAH BINTI KHUWAILID

RIWAYAT HIDUP-Nama penuh beliau ialah Khadijah binti Khuwalid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qusai dan berketurunan bani Asad. Beliau dilahirkan 15 tahun sebelum kerasulan Rasulullah. Saidatina Khadijah merupakan usahawan wanita yang kaya dan ternama. Beliau berkahwin dengan Rasulullah ketika berusia 40 tahun. Beliau merupakan wanita yang pertama memeluk Islam dan sering membantu Rasulullah untuk berdakwah. Saidatiana Khadijah sanggup mengorbankan hartanya demi menegakkan islam dan beliau wafat pada ttahu  ke-10 selapas nabi Muhammad SAW menjadi rasul iaitu pada 620 masihi dipangkuan suaminya.

PERIBADI SAIDATINA KHADIJAH-Beliau seorang yang taat dan patuh kepada perintah Allah SWT dan juga seorang yang pemurah dan dermawan. Saidatina Khadijah bukan sahaja cantik malahan berakhlak mulia,bijak dan berakal cerdas. Beliau tidak pernah membuat maksiat dan terlibat dengan amalan masyarakat jahiliah. Saidatina Khadijah adalah penawar bagi Rasulullah sekaligus dapat menenangkan Rasulullah ketika berasa takut ketika menerima wahyu. Beliau sentiasa sabar menghadapi segala kesukaran bersam asuaminya.

PENGORBANAN KHADIJAH-Saidatina Khadijah membelanjakan hartanya untuk menegakkan agama islam dan sanggup mengorbankan masa dan jiwanya bagi membantu dakwah suaminya. Beliau menenangkan fikiran Rasulullah yang cemas ketika menerima wahyu di gua hirak. Beliau juga membawa Rasulullah berjumpa Waraqah selepas menerima wahyu. Saidatina Khadijah sentiaa memberi perangsang dan semangat untuk suaminya bagi menghadapi tentangan orang-orang kafir.


3.SUMAIYAH UMMU AMMAR

RIWAYAT HIDUP-Sumaiyah bin Khabbat adalah hamba kepada Abu Huzaifah bin Mughirah. Beliau adalah anak yatim piatu sejak kecil lagi dan tinggal bersama-sama Abu Huzaifah sejak kecil malahan beliau tidak mengetahui asal-usulnya. Sumaiyah memeluk islam pada permulaan seruan dakwah Rasulullah. Suami beliau bernama Ysir manakala anaknya bernama Amar. Disebabkan memeluk agama islam, mereka telah di seksa. Sumaiyah merupakan wanita pertama yang gugur sebagai syahid kerana telah ditikam oleh Abu Jahal. Kematiannya adalah berpunca daripada keenggananya kembali kepada agama menyembah berhala.

KESABARAN SUMAIYAH-Iman Sumaiyah kepada Islam amatt mengagumkan. Beliau amat sabar dan tabah melihat anak dan suaminya di seksa di hadapan matanya. Tangan dan kaki mereka diikat lalu diheret dipadang pasir yang panas sekaligus rumah mereka dibakar, badan dicucuk dengan besi panas dan ditikam dengan lembing sehingga mati. Suaminya syahid akibat penyeksaan tersebut. Sumaiyah tetap bersabar dan tenang menghadapinya kerana jiwanya yang diselimuti dengan iman.

SUMBANGAN SUMAIYAH-Sumaiyah amat berani untuk menyatakan sesuatu kebenaran dan sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan kesucian akidah yang dianutinya. Sumaiyah memberi contoh dan imej yang baik kepada masyarakat dalam perkara mempertahankan islam.


4.BILAL BIN RABAH

RIWAYAT HIDUP-Bilal bin Rabah dilahirkan pada 43tahun sebelum hijrah dan berketurunan Bani Jamuh. Beliau adalah hamba kepada Umaiyah bin Khalaf. Beliau memeluk islam melalui bantuan sahabatnya Al-Fadhil dan sekaligus merupakan golongan hamba yang terawal menganuti islam. Beliau sentiasa berulang-alik kerumah Al-Afqam untuk mempelajari agama islam dari Rasulullah. Pengislamannya diketahui oleh Umaiyah dan Umaiyah memujuk Bilal untuk menyembah berhala kembali dan Umaiyah gagal lalu mengambil keputusan untuk menyeksa Bilal. Bilal dibaringkan ditengah terik matahari dengan bersalut baju besi, diletakkan batu yang besar di atas perutnya, diseret dengan unta dan dipukul dehingga hampir mati merupakan seksaan yang dikenakan ke atas Bilal. Walaupun diseksa dengan kejam, Bilal tetap bersabar dan tidak lupa untuk menyebut kalimah Ahad Ahad Ahad setiap kali diseksa. Imannya pada Islam tidak tergugat. Beliau ditebus oleh Saidina Abu Bakar dan dibebaskan. Setelah bebas, beliau terus berbakti kepada islam dan menjadi sahabat Rasulullah. Beliau wafat di Syam pada 20hijrah ktika berusia 63tahum dan dimakamkan di Damsyik.

SIFAT PERIBADI-Bilal bin Rabah seorang yang bertanggungjawab,jujur,amanah dan berani mempertahankan kebenaran walaupun diseksa. Beliau amat sabar menerima ujian dan seksaan.

SUMBANGAN BILAL-Rasulullah melantiknya sebagai juruazan yang pertama dalam islam dan ditugaskan untuk menguruskan harta benda Rasulullah. Sepanjang hidup Bilal bin Rabah sebagai seorang islam, beliau telah menyertai beberapa peperangan dan berjaya membunuh Umaiyah bin Khalaf dalam perang badar.