Tuesday, 24 June 2014

Keunggulan Perjuangan Tokoh-Tokoh Islam Tingkatan 1



1.SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ

RIWAYAT HIDUP- Nama sebenarnya ialah Abdullah bin Abi Qahafah bin Umar bin Ka'ab. Saidina Abu Bakar dilahirkan di Mekah pada tahun 572Masihi iaitu 2tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W. Beliau mempunyai hubungan keluarga bersama Rasulullah melalui datuk baginda iaitu Ka'ab bin Murrah. Beliau juga merupakan seorang pedagang Quraisy yang terhormat dan mulia sekaligus merupakan lelaki pertama yang memeluk agama islam. Beliau sentiasa berdampingan dengan Rasulullah dan menemani baginda semasa berhijrah ke Madinah. Diberi gelaran As-Siddiq kerana sentiasa membenarkan setiap kata-kata Rasulullah. Saidina Abu Bakar memiliki keperibadian yang mulia semenjak dari kecil lagi dan tidak pernah menyembah berhala dan meminum arak.

SIFAT PERIBADI-Saidina Abu Bakar As-Siddiq mempunyai sifat peribadi yang amat jernih iaitu bercakap benar, tabah menghadapi dugaan hidup, lemah lembut dan sentiasa bersopan-santun, ikhlas dalam perjuangan, benci pada kejahatan, pembela kebenaran dan berhati jujur dan bersifat setiakawan.

PELANTIKAN SEBAGAI SAIDINA- Pada 11hijrah tahun 632 masihi, beliau dilantik di Balai Bani Saadah untuk menjadi saidina. Antara faktor yang mendorong pelantikan beliau adalah beliau adalah sahabat pertama yang memeluk agama islam, sahabat dan bapa mentua kepada Rasulullah dan beliau memiliki pengetahuan kepemimpinan yang tinggi kerana sering berdamping dengan Rasulullah. Faktor lain yang mempengaruhi adalah disebabkan Rasulullah pernah menyuruh Saidina Abu Bakar menjadi imam solat subuh menggantikan baginda yang tengah sakit kuat.

JASA SAIDINA ABU BAKAR-Saidina Abu Bakar mengorbankan jiwa,masa dan tenganya untuk agama Islam sekaligus mendermakan seluruh kekayaannya untuk memajukan islam. Beliau memerintahkan Khalid Al-Walid memerangi golongan murtad dan golongan yang enggan membayar zakat. SAidina Abu Bakar menghapuskan golongan yang mengaku menjadi nabi dan beliau juga telah memerintahkan Zaid bin Tsabit untuk mengumpulkan mushaf Al-quran. Beliau pernah melindungi RSulullah daripada dipatuk ular dan hal ini dilakukannya kerana kasihnya kepada baginda yang amat besar. Saidina Abu Bakar mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara yang telah di asankan oleh Rasulullah dan mengembangkan syiar islam ke Rom dan Farsi.



2. SAIDATINA KHADIJAH BINTI KHUWAILID

RIWAYAT HIDUP-Nama penuh beliau ialah Khadijah binti Khuwalid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qusai dan berketurunan bani Asad. Beliau dilahirkan 15 tahun sebelum kerasulan Rasulullah. Saidatina Khadijah merupakan usahawan wanita yang kaya dan ternama. Beliau berkahwin dengan Rasulullah ketika berusia 40 tahun. Beliau merupakan wanita yang pertama memeluk Islam dan sering membantu Rasulullah untuk berdakwah. Saidatiana Khadijah sanggup mengorbankan hartanya demi menegakkan islam dan beliau wafat pada ttahu  ke-10 selapas nabi Muhammad SAW menjadi rasul iaitu pada 620 masihi dipangkuan suaminya.

PERIBADI SAIDATINA KHADIJAH-Beliau seorang yang taat dan patuh kepada perintah Allah SWT dan juga seorang yang pemurah dan dermawan. Saidatina Khadijah bukan sahaja cantik malahan berakhlak mulia,bijak dan berakal cerdas. Beliau tidak pernah membuat maksiat dan terlibat dengan amalan masyarakat jahiliah. Saidatina Khadijah adalah penawar bagi Rasulullah sekaligus dapat menenangkan Rasulullah ketika berasa takut ketika menerima wahyu. Beliau sentiasa sabar menghadapi segala kesukaran bersam asuaminya.

PENGORBANAN KHADIJAH-Saidatina Khadijah membelanjakan hartanya untuk menegakkan agama islam dan sanggup mengorbankan masa dan jiwanya bagi membantu dakwah suaminya. Beliau menenangkan fikiran Rasulullah yang cemas ketika menerima wahyu di gua hirak. Beliau juga membawa Rasulullah berjumpa Waraqah selepas menerima wahyu. Saidatina Khadijah sentiaa memberi perangsang dan semangat untuk suaminya bagi menghadapi tentangan orang-orang kafir.


3.SUMAIYAH UMMU AMMAR

RIWAYAT HIDUP-Sumaiyah bin Khabbat adalah hamba kepada Abu Huzaifah bin Mughirah. Beliau adalah anak yatim piatu sejak kecil lagi dan tinggal bersama-sama Abu Huzaifah sejak kecil malahan beliau tidak mengetahui asal-usulnya. Sumaiyah memeluk islam pada permulaan seruan dakwah Rasulullah. Suami beliau bernama Ysir manakala anaknya bernama Amar. Disebabkan memeluk agama islam, mereka telah di seksa. Sumaiyah merupakan wanita pertama yang gugur sebagai syahid kerana telah ditikam oleh Abu Jahal. Kematiannya adalah berpunca daripada keenggananya kembali kepada agama menyembah berhala.

KESABARAN SUMAIYAH-Iman Sumaiyah kepada Islam amatt mengagumkan. Beliau amat sabar dan tabah melihat anak dan suaminya di seksa di hadapan matanya. Tangan dan kaki mereka diikat lalu diheret dipadang pasir yang panas sekaligus rumah mereka dibakar, badan dicucuk dengan besi panas dan ditikam dengan lembing sehingga mati. Suaminya syahid akibat penyeksaan tersebut. Sumaiyah tetap bersabar dan tenang menghadapinya kerana jiwanya yang diselimuti dengan iman.

SUMBANGAN SUMAIYAH-Sumaiyah amat berani untuk menyatakan sesuatu kebenaran dan sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan kesucian akidah yang dianutinya. Sumaiyah memberi contoh dan imej yang baik kepada masyarakat dalam perkara mempertahankan islam.


4.BILAL BIN RABAH

RIWAYAT HIDUP-Bilal bin Rabah dilahirkan pada 43tahun sebelum hijrah dan berketurunan Bani Jamuh. Beliau adalah hamba kepada Umaiyah bin Khalaf. Beliau memeluk islam melalui bantuan sahabatnya Al-Fadhil dan sekaligus merupakan golongan hamba yang terawal menganuti islam. Beliau sentiasa berulang-alik kerumah Al-Afqam untuk mempelajari agama islam dari Rasulullah. Pengislamannya diketahui oleh Umaiyah dan Umaiyah memujuk Bilal untuk menyembah berhala kembali dan Umaiyah gagal lalu mengambil keputusan untuk menyeksa Bilal. Bilal dibaringkan ditengah terik matahari dengan bersalut baju besi, diletakkan batu yang besar di atas perutnya, diseret dengan unta dan dipukul dehingga hampir mati merupakan seksaan yang dikenakan ke atas Bilal. Walaupun diseksa dengan kejam, Bilal tetap bersabar dan tidak lupa untuk menyebut kalimah Ahad Ahad Ahad setiap kali diseksa. Imannya pada Islam tidak tergugat. Beliau ditebus oleh Saidina Abu Bakar dan dibebaskan. Setelah bebas, beliau terus berbakti kepada islam dan menjadi sahabat Rasulullah. Beliau wafat di Syam pada 20hijrah ktika berusia 63tahum dan dimakamkan di Damsyik.

SIFAT PERIBADI-Bilal bin Rabah seorang yang bertanggungjawab,jujur,amanah dan berani mempertahankan kebenaran walaupun diseksa. Beliau amat sabar menerima ujian dan seksaan.

SUMBANGAN BILAL-Rasulullah melantiknya sebagai juruazan yang pertama dalam islam dan ditugaskan untuk menguruskan harta benda Rasulullah. Sepanjang hidup Bilal bin Rabah sebagai seorang islam, beliau telah menyertai beberapa peperangan dan berjaya membunuh Umaiyah bin Khalaf dalam perang badar.