1. SAIDINA UMAR BIN AL-KHATAB
RIWAYAT HIDUP - Nama sebenar beliau ialah Umar bin Alh-khatab bin Nufail bin Abdul Uzza. Beliau dilahirkan di Mekah pada 584Masihi dan berketurunan Bani Adi,Quraisy. Saidina Umar memeluk Islam pada usia 33tahun dan menjadi khalifah pada 22jamadilakhir tahun 13hijrah bersamaan 23Ogos 634Masihi. Beliau memerintah selama sepuluh tahun enam bulan dan mendapat gelaran Al-Faruq yang bermaksud pemisah antara yang hak dan yang batil. Beliau wafat pada bulan zulhijjah tahun 23hijrah ketika berusia 63tahun kerana telah dibunuh oleh seorang hamba Majusi yang berbangsa Farsi bernama Abu Lukuk.
SIFAT PERIBADI - Saidina Umar seorang hamba yang berani dan terbuktilah keberanian beliau apabila beliau hendak memasuki agama islam, beliau telah mengisytiharkan keislamannya kepada masyarakat arab. Beliau juga mencabar orang kafir supaya menghalangnya berhijrah ketika hendak berhijrah ke madinah. Selain itu, beliau juga amat adil dan tegas. Saidina Umar amat prihatin terhadap kebajikan rakyat. Beliau sanggup menyamar dan keluar pada waktu malam untuk mengetahui kehidupan rakyatnya.
SUMBANGAN SAIDINA UMAR - Dalam bidang dakwah, beliau telah meluaskan dakwah ke wilayah-wilayah baru seperti Farsi,Rom dan Mesir. Saidina Umar juga telah melantik gabenor di setiap wilayah untuk melicinkan pentadbiran dan dakwah serta menghantar para ulama dan cendekiawan islam ke seluruh tempat untuk menyebarkan dakwah. Beliau telah membina masjid untuk kemudahan umat islam beribadat. Dari segi pentadbiran negara, Saidina Umar telah mengadakan pekhidmatan pos, mengasaskan undang-undang hisbah, mengemaskini gaji pegawai kerajaan, membahagikan pentadbiran negara kepada beberapa wilayah dan perkenalkan takwim islam dalam surat-menyurat. dari segi pembangunan negara, beliau telah membina sekolah-sekolah untuk penndidikan rakyat, mendirikan baitulmal, membina saliran air untuk pertanian, mendirikan rumah tumpangan untuk musafir.
2.SAIDINA USMAN BIN AFFAN
RIWAYAT HIDUP - Nama sebenar beliau ialah Usman bin Affan bin Abu Al-As bin Umaiyyah dan berketurunan Bani Umaiyah. Beliau dilahirkan di mekah pada 576masihi dan memeluk islam melalui Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Saidina Usman dilantik menjadi khalifah pada tahun 23hijrah bersamaan tahun 644masihi selepas kewafatan Saidina Umar dan memerintah selama 12tahun. Beliau wafat pada 18zulhijjah tahun 25hijrah setelah dibunuh oleh pemberontak. Beliau digelar sebagai Zunurain bermaksud memiliki dua cahaya kerana mengahwini dua orang puteri nabi.
SIFAT PERIBADI - Beliau seorang yang taat pada perintah Allah SWT. Buktinya beliau sanggup berhijrah ke Habsyah dengan meninggalkan segala kemewahan demi menyahut seruan Allah dan Rasulullah. Beliau juga seorang yang pemalu dan lemah-lembut. Selain itu, beliau adalah seorang yang dermawan kerana beliau mendermakan sebanyak 300 ekor unta dan 10ribu dinar dalam perang tabuk dan membeli sebidang tanah untuk mebesarkan masjjid nabawi.
FAKTOR SEMANGAT JIHAD SAIDINA USMAN
- keimanan yang teguh kepada Allah SWT
- sayangkan islam sebagai ad-din
- memiliki kekayaan hasil daripada perniagaan yang dijalankan
- mempunyai minat tinggi untuk berdakwah
- memiliki semnagat cintakan negara
- memiliki semangat daya saing dalam diri
SUMBANGAN DAN JASA SAIDINA USMAN - Beliau telah menyumbangkan harta yang banyak untuk perkembangan dakwah islam dan menyertai semua peperangan kecuali perang badar. Saidina Usman juga telah memperkrnalkan sisitem protokol dan membukukan Al-Quran yang dikenali sebagai Mashaf Usmani yang kini digunakan oleh umat islam diseluruh negara. Beliau pernah dilantik menjadi wahyu dan utusan semasa perjanjian hudaibiyah dan berjaya meluaskan empayar islam ke Afrika, Armenia,Khurasan dan kepulauan Mediteranean.
KONFLIK PADA ZAMAN SAIDINA USMAN
- Saidina Usman telah ditohmah dan difitnah oleh puak-puak yahudi yang diketuai oleh Abdullah bin Saba'
- Menuduh Saidina Usman tidak berlaku adil dan tidak telus dalam menjalankan pemerintahan negara
- Saidina Usman telah berjaya mengatasi krisis tersebut dengan menghantar pegawai-pegawai untuk menyiasat ke Kufah,Mesir,Basrah dan Syam
- setelah siasatan dilakukan,konflik itu berlaku berpunca daripada musuh islam untuk memecahbelahkan umat islam
3. SAIDINA ALI BIN ABU TALIB
RIWAYAT HIDUP - Nama penuh beliau ialah Ali bin Abu Talib bin Abu Mutalib dan berketurunan bani hasyim. Beliau dilahirkan di mekah, sepuluh tahun sbelum nabi menjadi rasul iaitu pada tahun 601masihi dan diberikan gelaran Abu Al-Hasan dan Abu Turab. Beliau adalah khalifah yang keempat daripada khulafa Ar-Rasyidin dan dilantik pada 35hijrah bersamaan 655masihi lalu memerintah selama 4tahun. Saidina Ali wafat pada 17ramadhan tahun 41hijrah bersamaan 661masihi ketika berusia 70tahun. Beliau telah dibunuh oleh Abdul Rahman bin Mulljam dibandar Kufah ketika dalam perjalanan ke masjid untuk mengerjakan solat subuh.
SIFAT PERIBADI SAIDINA ALI
- Seorang yang taat dan patuh pada perintah Allah dan ajaran Rasulullah
- berani dan handal
- khalifah yang adil dalam menjalankan tanggungjawab
- tegas dan tidak gentar mengahdapi sebarang risiko
- berilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang'berfikiran kreatif dan berpandangan jauh
KEISTIMEWAAN SAIDINA ALI - Saidina Ali mempunyai hubungan kekeluargaan dengan rasulullah keranna beliau merupakan sepupu dan menantu rasulullah . sejak kecil lagi, saidina Ali tinggal bersama Rasullah dengan didikan baginda. Saidina Ali merupakan kanak-kanak pertama yang memeluk agama islma ketika berusia 10tahun. Beliau tidak pernah melakukan perbuatan keji masyarakat jahiliah seperti menyembah berhala dan kerana itu, beliau digelar sebagai karramallahu wajhah yang bermaksud Allah memuliakan wajahnya. Beliau merupakan 10 daripada sahabat yang dijamin syurga. Saidina Ali merupakan cendekiawan yang ulung kerana memiliki ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti kehakiman,sastera,ilmu hisab dan sebagainya. Saidina Ali juga sangat berani buktinya beliau menyertai semua perang kecuali perang tabuk, beliau menyahut cabaran Amru bin Waid iaitu pahlawan quraisy berlawan satu sama satu dlam perang khandak.
JASA DAN PENGORBANAN SAIDINA ALI
- menyertai semua peperangan kecuali perang tabuk
- menjadi penulis wahyu dan jurutulis perjanjian hudaibiyah
- menjadi hakim di yaman
- mengetuai misi dakwah di hamadan
- menyebarkan ilmu-ilmu islam kepada masyarakat
- menjadi penasihat kepada khalifah Abu Bakar As-siddiq, UMar Al-hkatab dan Usman Affan
4.SAIDINA HAMZAH BIN ABDUL MUTALIB
RIWAYAT HIDUP - Nama sebenar beliau ialah Hamzah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf dan berketurunan Bani Hsyim. Beliau dilahirkan di mekah pada 570masihi tahun yang sama dengan Rsulullah. Beliau ialah bapa saudara dan saudara susuan Nabi Muhammad. Beliau merupakan panglima perang Rasululluah dan pembawa panji tentera islam. Beliau mendapat gelaran Asadullah yang bermaksud singa Allah. Saidina Hamza wafat pada tahun ketiga hijrah kerana gugur dalam syahid dalma perang uhud.
SIFAT PERIBADI - Saidina Hamzah merupakan seorang yang pantas bertindak. sifat tersebut menyebabkan beliau dilantik sebagai panglima perang dalam perang badar oleh Rasulullah. Dengan strategi beliau yang baik, tentera islam telah memperoleh kejayaan dalam perang tersebut. Beliau juga merupakan seorang pahlwan yang sangat berani kerana beliau telah memukul Abu Jahal yang mengina dan mengejek nabi dan beliau menyahut cabaran 2orang tentera musyrikin untuk berlawan dengannya. Beliau sanggup berkorban untuk menegakkan kebenaran ajaran islam yang dibawa oleh Rasulullah.
KESYAHIDAN SAIDINA HAMZAH - Dalam perang badar, saidina hamzah telah berjaya membunuh 21 orang tentera musyrikin. disebabkan terjatuh ketika berperang, baju besi Saidina Hamzah telah pecah. Keadaan tersebut diperhatikan oleh wahsyi, seorang hamba yang ditugaskan oleh tuannya iaitu Jubir bin Mut'im untuk membunuh Saidina Hamzah dan sebagai ganjarannya, wahsyi akan dibebaskan. Wahsyi telah bertindak dengan melontar lembing ke arah Saidina Hamzah dan tepat mengenai perut beliau. Akhirnya, beliau syahid. Isteri Abu Lahab iaitu Hendon binti Utbah atelah bertindak membelah dada Saidina Hamzah dan memamah jangtungnya. Kematian Saidina Hamzah menyebabkan Rasulullah sedih dan mengurniakan gelaran Sayyid As-Syuhada yang bermaksud penguhlu seklaian syuhada syurga.
5.SAIDINA ABU HURAIRAH
RIWAYAT HIDUP - Nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman bin Sakhr Addaus Sl-yaman. Namanya sebelum islam ialah Abdu Syams. Beliau dilahirkan di Dus,negeri Yaman,19tahun sebelum hijrah. Beliau adalah anak yatim dan memeluk islam pada tahun ke7 hijrah. Beliau mendapat gelaran Abu Hurairah. Beliau wafat pada 59hijrah ketika berusia 78tahun.
SIFATA PERIBADI
- Taat dan patuh perintah Alah dan ajaran Rasulullah
- sabar dan tabah mengghadapi kesusahan hidup dan tidak pernah meminta-minta wakaupun dalam keadaan lapar
- mencintai ilmu pengetahuan
- menghormati ibu-bapa. beliau sentiasa mengasihi ibunya walaupun tidak memeluk islam. hasil berkat doa Rasulllah, ibunya telah menganuti islam
- tawaduk dan tekun
- mengasihi binatang
PERIWAYATAN HADIS
- terdapat 1600 hadis yang telah berjaya dikumpul dan ada riwayat yang mengatakan bahawa beliau telah mengumpul 5374 hadis
- 800 orang ahli ilmu dalam pelbagai bidang meriwatkan hadis daripada beliau
6. SAIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF
RIWAYAT HIDUP - Nama sebenarnya ialah Abdul Rahman bin Auf bin Abdul Auf bin Al-Harith dan berketurunan bani zuhrah. beliau dilahirkan di mekah tahun 580masihi, sepuluh tahun selepas tahun gajah. Beliau memeluk islam melalui Saidina Abu Bakar dan pernah dilantik sebagai pengerusi majlis semasa pemilihan khalkifah yang ketiga. Beliau wafat pada tahun 32hijrah bersamaan 654 masihi ketika berusia 74 tahun.
SIFAT DAN KEISTIMEWAAN SAIDINA ABDUL RAHMAN
- Pintar dalam perniagaan
- zuhud dan dermawan
- salah seorang daripada sepuluh sahabat yang dijamin syurga
- seorang jutawan yang kuat berusaha dan menderma
- calon jawatan khalifah
SUMBANGAN SAIDINA ABDUL RAHMAN
- menyumbangkan 200 tahil emas,1500 ekor unta,500 ekor kuda perang untuk perang tabuk
- menjual tanah dengan harga 40ribu dinar dan wang itu dibahagi kepada bani zuhrah,isteri-isteri nabi dan fakir miskin
- mendermakan 400 dinar emas kepada setiap seratus orang tentera islam yang menyertai perang badar
- menyumbang barang keperluan yang dimuatkan diatas 700ekor unta untuk penduduk madinah